Sempena Sukan SEA Ke-29 bakal berlangsung di Kuala Lumpur, MILO sebagai penaja rasmi Sukan SEA melancarkan resepi edisi terhad MILO Kaw dengan lebih banyak kebaikan coklat malt. Meraikan atlet terbaik Malaysia, MILO Kaw berbangga memaparkan atlet kebangsaan iaitu Abdul Latif Romly, atlet lompat jauh, Joel Van Huizen, atlet hoki, Nur Dhabitah Sabri, penerjun dan Syakilla Salni, atlet karate didalam desin tin serbuk MILO Kaw.
MILO juga menyediakan program penebusan dengan memberi pengguna untuk kumpul bekas minuman Flask Juara MILO edisi terhad. Diperbuat dari besi tahan karat, Flask Juara MILO didatangi dengan empat warna – gold (Emas Elit), silver (Perak Perdana), gangsa (Gangsa Gemilang) dan hijau MILO (MILO Juara) dimana boleh ditebus bermula 1 Julai sehingga 30 September 2017.
Selain itu, edisi terhad MILO masih terdapat dalam bentuk rangkaian ready-to-drink, iaitu MILO UHT dan MILO tin.
Maklumat lanjut layari www.milo.com.my atau Facebook Milo Malaysia https://www.facebook.com/MiloMalaysia/.