Dirembes dengan konsep segar ala hembusan bayu di kota lama Marrakech di Perancis, jenama pakaian wanita yang mementingkan sofistikasi dalam pilihan santai FLOW tampil mengetengahkan koleksi utama sempena musim luruh 2017.
Dihiasi perincian bercetak yang penuh warna-warni membangkitkan stail Morocco untuk memecah kesunyian palet polos yang terdiri daripada gabungan rona biru, oren dan putih, semuanya bakal melengkapkan gaya si pemakai dengan cara yang paling glamor bersahaja.
Reka bentuknya pula versatile menawarkan seleksi pilihan helaian fesyen yang pastinya selesa biarpun untuk digayakan bagi mereka yang berbadan curvy seperti skirt, celana perpotongan longgar, dress labuh, tunic, blaus serta pakaian luar dari kain ringan iaitu chiffon.
Koleksi musim luruh FLOW 2017 kini sudah mula didapati secara atas talian di [www.flowclothing.com] atau berkunjunglah ke gedung-gedung membeli-belah utama yang menawarkan jenama FLOW.