Kebanyakan barang mekap sekarang bukan sahaja menarik mata dari warna-warna malah kini mereka semakin bijak memancing pencinta mekap dengan kepelbagaian corak dan bentuk pada produk.
Sampai ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit semata-mata untuk mendapatkan barang mekap yang biasanya datang dengan konsep ‘edisi terhad’. Itu belum lagi hanya beli tapi tak pakai, sayanglah nak pakai nanti sudahnya jadi buruk dan bercapuk.
Mari kita lihat beberapa palet mekap yang bakal buat kamu semua nak beli tapi sayang nak guna!
#1 Urban Decay Alice Through The Looking Glass
Palet sempena dari filem Disney: Alice ini bukan sahaja cantik pada packaging malah pada warna pembayang matanya!
#2 MAC Magnetic Nude Extra Dimension Skinfinishes
Tekstur dan corak pada highlighter MAC ini memang rasa tak nak langsung disentuh dengan berus.
#3 Too Faced Perfect Flush Blush
Pemerah pipi dan juga boleh dijadikan sebagai highlighter dari Too Faced ini memang rasa nak makan jer!
#4 Sisley Paris L’Orchidée Highlighter Blush
Diinspirasikan dari bentuk orkid, aduhai memang tak sanggup nak guna…
#5 Paul & Joe Face & Eye Colors in Purr-Fect
Koleksi mekap dari Paul & Joe boleh jadi rebutan pada mereka yang pencinta kucing dan mekap!
#6 Zoeva Sweet Glamour Eyeshadow
Biasa warna pembayang mata dari warna yang strong dan berat, tapi Zoeva buat kelainan dengan warna pastel yang cukup menyejukkan mata memandang.
#7 Lancome La Rose Highlighter Powder
Pernah viral! Highlighter dari jenama terkemuka Lancome ini jadi bualan ramai kerana bentuk kelopak bunga mawar seolah-olah hidup.
#8 Guerlain Meteorites Limited Edition
Bebola apa pula ini? Sebenarnya ia sama sahaja dengan palet mekap yang biasa cuma Guerlain sedikit kreatif menghasilkan palet highlighter dari bentuk bebola. Comel!
Geram kan tengok! Yang mana anda semua nak ada dalam beg mekap?