Benarlah ungkapan Cinta itu Buta.
Seorang lelaki yang boleh dianggap warga emas melangsungkan perkahwinan dengan seorang gadis berusia 18 tahun mencuri tumpuan netizen di sekitar Asia Tenggara.
Perkahwinan yang dilaksanakan di Sulawesi Selatan, Indonesia, datuk yang sudah berusia 62 tahun dan pasangannya itu selamat diijabkabulkan dihadapan penghulu kampungnya di rumah mempelai wanita.
Pengantin lelaki tersebut memberi wang hantaran sebanyak 35 juta rupiah (RM 11, 264.45), satu set barangan kemas serta 300 kg beras kepda pengantin permepuan.
“Majlis pernikahan mereka (berlangsung) kelmarin. Setahu saya, tiada paksaan antara mereka walaupun isterinya masih muda,” Ketua Kampung, Zainal Arifin Daeng Mangung.
Mempelai lelaki yang dikenali sebagai Sualeman itu pertama kali bertemu dengan gadis muda itu, Diana, setahun lalu – iaitu dua bulan selepas isterinya meninggal dunia.
“Tahun lalu saya datang ke sini mahu buat parang dan saya lihat anak gadisnya cantik dan baik hati,” ujar Sulaeman yang ketika itu ke rumah bapa Diana yang mempunyai kemahiran dalam bidang petukangan besi.
Selepas setahun berulang-alik ke rumah bapa Diana yang pada mulanya hanya sekadar mengeratkan sillaturrahim, Sulaeman mula jatuh hati kepada Diana dan mahu melamar gadis itu menjadi isterinya.
Manakala, Diana mengakui senang dengan perwatakan Sulaeman meskipun mempunyai perbezaan umur yang jauh.