Anda gemarkan sesuatu yang lari daripada kadar norma biasa?
Musim ini, jenama kosmetik global kegemaran ramai M.A.C Cosmetics tampil eksentrik dengan koleksi kolaborasinya bersama pereka fesyen Becca McCharen, mengetengahkan sensasi permainan warna ala holografik yang disunting dari elemen hologram buat wanita yang berani.
Disertai lapan item kosmetik menarik termasuk gincu, celak, gel liner, maskara, palet pembayang mata, serbuk kilauan dan berus bersudut (angle brush).
Koleksi warna menonjol ini dihasilkan secara eksklusif bagi mengekspresikan sinergi jantina, teknologi serta semangat olahraga yang turut dapat dilihat menerusi rekaan pakaian renang unik ilham ciptaan Becca McCharen digelar Chromat.
Bukan itu sahaja, setiap satunya turut diserlahkan dengan kotak dan bekas pembungkusan rona biru sambil dihiasi cetakan bionik tiga dimensi.
Chromatbabe Super Pack Eyeshadow Palette: RM195
#Shockvalue Lisptick (amplified): RM82
Augmented Reality Lipstick (matte): RM82
Technakohl Liner in Bionic Deep: RM89
Pro Longwear Fluidline in Aeros Blue: RM89
Zoom Lash Mascara: RM109
Glitter in Reflects Turquatic: RM105
Brush 263 Small Angle: RM97
Salah seorang penulis Wanista, Izzah Azizah juga berpeluang menggayakan solekan menggunakan pembayang mata serta gincu dari koleksi MAC x Chromat ini:-
https://www.instagram.com/p/BWpVislDiLR/?taken-by=wanistadotcom&hl=en
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.maccosmetics.com.my]. Pembelian koleksi MAC x Chromat boleh dibeli dari mana-mana cawangan M.A.C Cosmetics seluruh Malaysia mahupun secara atas talian di [www.maccosmetics.com.my/chromat].