Susulan dari kejayaan PUMA bagi koleksi SS’17, Swan Pack. Mereka kembali semula dengan kolaborasi Kylie Jenner didalam koleksi Velvet Rope Collection. Inspirasi untuk koleksi ini diambil dari wanita yang berkeyakinan tinggi dan mengikut naluri dalam setiap keputusan dalam hidupnya.
Velvet Rope dipengaruhi dengan kesan teknologi Sportstyle dan Training yang memberi keselesaaan serta keyakinan pada si pemakai. Warna-warna koleksi ini pula dari kombinasi warna musim luruh dan metalik, pilihan olive and copper, biru dan silver. Bahan yang dihasilkan untuk Velvet Rope berkualiti tinggi untuk cengkaman yang kuat dari pagi sehingga malam.
Koleksi ini juga terlibat dalam kempen ‘DO YOU’ yang telah dilancarkan pada Ogos 2016. Kempen ini bertujuan untuk menyatukan pelbagai kisah inspirasi dari setiap wanita pelusuk dunia.
The Autumn-Winter 2017 Velvet Rope Collection kini sudah dijual di PUMA.com, kedai kasut PUMA seluruh dunia sejak 10 Julai lalu. Harga koleksi ini bermula dari RM39 sehinga RM499.