Bukan sahaja bekas bintang bola sepak, David Beckham dan bekas penyanyi berkumpulan pop Spice Girls, Victoria Beckham yang menjadi perhatian media. Malah kehidupan peribadi anak-anaknya juga turut mendapat liputan meluas. Apa sahaja gerak-geri yang dilakukan oleh mereka pasti dikemaskini atas gelaran mereka sebagai selebriti dunia.
Terbaharu kisah percintaan anak teruna pasangan duo British ini, Brooklyn Beckham mendapat liputan setelah dia bercinta dengan aktres muda Hollywood Chloë Grace Moretz, 20. Namun percintaan manis ini berakhir pada September tahun lalu dan masih ada lagi khabar angin yang mengatakan mereka ‘berbaik’ semula awal Mei.
Spekulasi itu terus menjadi harapan peminat untuk mereka kembali bersama, tapi akhirnya berita baru dapat diterima iaitu Brooklyn Beckham kini sedang menjalin hubungan dengan penyanyi kelahiran Youtube, Madison Beer.
Mereka berdua berjaya dirakam ketika bersiar-siar sekitar Los Angeles dan didakwa berkucup di butik Barneys New York di Beverly Hills. Sumber mengatakan, Madison telah berjumpa dengan Victoria Beckham ketika jamuan makan tengahari bersama-sama.
Cinta remaja ini kita tak boleh nak duga, mereka berdua pun baru sahaja menginjak umur 18 tahun. Jadi kita lihat sejauh mana pula hubungan cinta baru Brooklyn dengan penyanyi ini. Wait and see…