Apabila menyentuh tentang kesihatan dan kebersihan anak-anak, para ibu tidak pernah leka untuk melindungi anak-anak mereka dan keluarga terutama dalam menjaga kesihatan kulit. Sebagai jenama perlindungan kuman yang dipercayai oleh seluruh dunia, Dettol kini melancarkan rangkaian terbarunya, Dettol Deep Cleanse, iaitu perlindungan kulit dengan membersih jauh ke dalam pori-pori.
Inovasi terkini Dettol ini mengandungi eksfoliasi dapat membantu menanggalkan sel-sel kulit mati untuk membersih dalam bagi meningkatkan kesihatan kulit.
Boleh didapati dalam bentuk gel mandian dan sabun bar, rangkaian Dettol Deep Cleanse ini mengandungi 100% aprikot semulajadi skrub manik mikro bagi memberi kepuasan pengelupasan sel kulit mati. Formula ini menghilangkan kotoran, pencemaran dan kuman secara menyeluruh dari kulit, keluarga juga pasti menikmati wangian buahan yang berkekalan.
Mandian Dettol Deep Cleanse kini boleh didapati di kesemua farmasi dan pasar raya utama. Pilihan saiz termasuklah 225ml pada harga RM6.90 dan 850ml pada harga RM20.25. Pek isian semula 800ml boleh didapati pada harga RM15.67. Selain daripada itu, Sabun Bar Dettol Deep Cleanse ditawar pada harga RM10.45 bagi 105g (boleh didapati dalam 3+1).