Tahukah anda bahawa ekstrak KUNYIT digunakan sebagai bahan utama untuk Clarins Double Serum?
Dwiserum generasi kelapan ini kini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan dan mampu merungkai rahsia untuk kekal muda remaja dan menghilangkan tanda penuaan.
Fokus kepada 5 fungsi kulit utama;
- perbaiki
- pengudaraan
- nutrisi
- hidrasi
- melindungi
Clarins mengenal pasti “sistem mendengar” selular yang tidak pernah lagi ditemui: mikrodomain lipid. Mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam reseptor selular, mikrodomain ini berfungsi agar sel dapat ‘mendengar’ mesej dengan baik dari persekitaran dan ini merupakan kunci untuk mendapatkan kulit yang kekal awet muda. Mikrodomain lipid ini dijumpai dalam pelbagai jenis sel termasuklah keratinosit (berfungsi sebagai pendinding kulit) dan fibroblast (berfungsi untuk mendapatkan kulit yang awet muda).
Sehingga kini, Double Serum mempertingkatkan ekspresi 5 fungsi utama kulit untuk mengekalkan kulit kelihatan muda. Dengan bantuan kajian daripada Clarins, sistem pendengaran selular, kini dikenali sebagai mikrodomain lipid yang membantu sel untuk mendengar mesej daripada persekitarannya dibantu dengan ekstrak kunyit baharu.
Ekstrak kunyit ini mempunyai konsentrasi yang tinggi dalam turmerone, penemuan inspirasi biologi daripada sayur-sayuran. Sasarannya ialah mikrodomain lipid sel dan membantu memelihara keupayaan ‘mendengar’, mempertingkatkan komunikasi selular dan dalam masa yang sama membantu 5 fungsi utama kulit ke tahap yang optimum.
Dwiformula dalam satu produk, ekstrak tumbuhan anti-penuaan yang hebat, boleh larut di dalam air atau minyak tanpa perlu risau jika ia tidak serasi dengan pengemulsi. Dua per tiga (2/3) formula mengandungi bahan yang berasakan air dan satu per tiga (1/3) ialah berasaskan minyak. Nisbah ini sama dengan lapisan hidrolipid kulit yang menyebabkan ia mudah untuk diserap oleh kulit.
Harga yang ditawarkan ialah RM325/30ml dan RM435/50ml dan boleh didapati pada 1 September 2017.