Cuba teka berapa usia lelaki kacak dan seksi ini? 20? 30?
Inilah dia Chuando Tan, seorang jurugambar Singapura yang secara tiba-tiba menjadi sensasi internet kerana rupa paras dan tubuh badannya yang cukup sempurna. Dan paling terkejut lelaki ini sebenarnya berusia 50 tahun. Hah? Tetapi melihatkan gaya, rasanya dia tersangatlah muda dari usia sebenar.
Chuando Tan atau lebih senang dipanggil CD menarik mata di seluruh dunia sejak baru-baru ini selepas muncul dalam sebuah artikel untuk laman web berita di China. Selepas itu sahaja, lelaki yang pernah menjadi model popular sekitar tahun 80-an dan 90-an menjadi popular dan kini mempunyai lebih daripada 180K – CHUANDO (@chuando_chuandoandfrey) pengikut di Instagram.
Jadi apa rahsianya untuk kekal muda sebegini? Selain daripada genetik, dia banyak menghabiskan masa di gimnasium, kerap makan ayam Hainan bahagian dada bahkan juga elak mandi tengah malam dan awal pagi. Tak mungkin kot? Lagi satu bersosial dengan orang muda juga banyak membantu dirinya untuk kelihatan awet muda sentiasa.
Macam ini 50 tahun? Susah nak percaya….