Mamonde Malaysia, jenama kosmetik di bawah Amorepacific Malaysia melancarkan perkhidmatan Flower Touch Hand Massage percuma di semua kaunter kecantikannya di seluruh negara.
Perkhidmatan urutan tangan 2 minit ini ditawarkan kepada pengunjung di kaunter Mamonde. Pengunjung boleh memilih krim tangan pilihan mereka dari tujuh pilihan yang ditawarkan.
Antaranya ialah:
- Rose Bouquet – menawarkan sensasi hangat
- Cherry Blossom – menawarkan sensasi yang menyegarkan
- Gardenia Dream – menawarkan kesan pelembap dan mencerahkan
- Camellia Petal – melembap/ anti kedutan
- Lavendar Marine – menawarkan sensasi penyejukan
- Lilac Blossom – menawarkan pelembapan yang mendalam
- Jasmine Cashmere – menawarkan rawatan 2 dalam 1, pelembab mendalam & melindungi tangan dan kuku
Krim tangan Mamonde juga boleh dibeli di kaunter kecantikan Mamonde dengan harga RM29 (50ml).