Sebenarnya penulis dah obses dengan mamat ini…
Sebelum ini dunia solekan dimonopoli oleh kaum wanita tapi kini kita dalam lihat lelaki juga mampu keluar rumah dengan mekap!
Ya secara fizikalnya mungkin anda akan cakap ‘no, no’ tapi bila anda dengar apa yang Jeffree Star bebelkan mengenai pelbagai produk kecantikan dan solekan pasti anda akan mula berfikir dua kali. Oh! Apa yang disampaikan oleh dia lebih tepat berbanding beauty guru yang lain. Serius.
Naik bosan juga kalau semuaaaaa~ produk yang diulas baik, kualiti tiptop dan dijamin cantik. Betul tak?
Apa yang menarik minat penulis sehingga menjadi obses tentang video Jeffree kerana dia sentiasa jujur dengan produk yang diulas. Paling best bila dia mengulas antara produk dari farmasi vs produk mewah. Pada pertama kali dia membuka bungkusan produk sehinggalah mencuba pada wajahnya, anda akan dapat lihat reaksinya…
Video berdurasi 12 minit ini memang sangat berbaloi untuk anda tonton…
Bukan itu sahaja, Jeffree juga berani mengulas tentang ‘produk-produk’ viral dengan mencubanya buat pertama kali dihadapan kamera.
Sememangnya bagus untuk anda pengumpul koleksi barang mekap untuk mendapatkan review yang jujur sebelum membeli apa-apa. Especially dari Jeffree lah kan.
Lelaki yang berusia 31 tahun ini dahulunya seorang penyanyi pop kemudian menceburi dalam perniagaan kosmetik dengan mengeluarkan jenama kosmetiknya sendiri Jeffree Star Cosmetics. Sejak usia 13 tahun lagi Jeffree curi-curi mencuba barang kosmetik dan membaca majalah Cosmopolitan milik ibunya. Lihatlah dia kini salah seorang mogul empayar kecantikan!
Dunia solekan kini boleh menyatukan semua komuniti, agama, bangsa hanya kerana mempunyai minat yang sama. Jadi perkongsian seperti Jeffree sangat membantu dan apa membezakannya ialah ini pandangan dari seorang lelaki walaupun oh ya jelas perlakuannya seperti perempuan. Tapi tidakkah anda rasa tercabar dengan kemampuan Jeffree?!
BACA: 5 Solekan M.U.A Lelaki Top di Instagram Yang Mesti Anda Follow!
Oh! Lagi satu penulis lupa nak nyatakan. Teman lelaki Jeffree, Nathan memang YUMMY!
Okay penulis gurau jer… 😛