MBO Cinema tahun ini sekali lagi bekerjasama dengan St John’s Ambulance Malaysia (SJAM) dan Tabung Darah Negara untuk anjurakan kempen derma darah tahunan pada 4 hingga 6 Ogos ini di seluruh panggung MBO Cinema seluruh negara!
Tema kempen tahun ini adalah “Superhero” yang menjangka dapat menarik lebih 5,000 orang penderma bagi menyumbangkan darah secukupnya kepada Tabung Darah Negara.
Selama tiga tahun berturut-turut sebelum ini sejak 2014, Kempen Derma Darah anjuran MBO Cinemas telah berjaya mengumpulkan hampir 10,000 beg darah.
“MBO sangat berbesar hati kerana berpeluang terlibat dalam aktiviti kebajikan seperti ini malah sekaligus dapat menggalakkan pengunjung yang menonton wayang di panggung kami terutamanya dalam kalangan anak muda, keluarga, serta semua kakitangan yang berkhidmat untuk turut serta dalam kempen derma darah seumpanya.”
Tema Superhero dipilih untuk menghargai jasa penderma yang berani serta menarik lebih ramai penderma supaya tidak takutkan jarum mahupun darah kerana aktiviti menderma darah adalah suatu kebajikan yang mulia.
Kempen ini akan berlangsung serentak di semua cawangan MBO Cinemas seluruh Malaysia bermula 4 hingga 5 Ogos di sekitar Kedah dan Johor dan 5 hingga 6 Ogos di negeri-negeri lain selain Kedah dan Johor dari 12pm hingga 6pm.
Untuk keterangan lanjut, sila lawat laman Facebook rasmi MBO Cinemas di [www.facebook.com/mbocinemas].
Rujuk sini [www.mbocinemas.com/locateus] untuk semak cawangan MBO Cinemas seluruh Malaysia!