Hujung minggu datang lagi! Setiap kali menjelang hari Sabtu dan Ahad pasti ada sahaja yang ingin mengulit mimpi lebih panjang. Lebih-lebih lagi pada mereka yang hidup membujang, kalau tiada apa aktiviti memang katil dan tilam lah jadi singgahsana. Sebenarnya banyak lagi perkara yang anda boleh siapkan selain berbaringan tanpa faedah itu.
Cuba anda lihat keadaan rumah dan bilik anda itu, mesti ada yang perlu dikemaskan atau dibersihkan. Lantai, tingkap, kipas, cermin, eh banyaklah! Itu belum lagi bahagian dapur dan bilik air. Tak perlu pun sampai satu hari anda mengemas, sediakan jadual seperti mula dari pukul 8pagi sehingga 10pagi untuk mengemas rumah. Bila rumah bersih, kesihatan pun terjamin!
Cukup 5 hari bekerja anda sudah makan diluar, kenapa tidak anda untuk memastikan at least anda dapat menikmati makanan yang berkhasiat dari air tangan sendiri. Sediakan bahan-bahan masakan sehari sebelum, jadi anda tak perlu keluar rumah. Praktis kemahiran memasak anda dengan mencuba pelbagai resepi
Bila anda tidak mahu keluar rumah untuk window shopping? Lakukan lah secara online sambil itu anda boleh pelajari tentang fesyen terkini. Bagi mereka yang tak cukup waktu untuk menyiapkan perkara peribadi ini lah waktu terluang yang ada! Jadi tak perlu anda kelam-kabut pada pagi Isnin untuk mengosok pakaian ke tempat kerja, kan lagi mudah dah prepare lebih awal masa hujung minggu.
Luangkan masa dengan keluarga dan rakan juga boleh sebagai aktiviti riadah sekaligus boleh mengeratkan silaturahim. Masa inilah nak update apa tentang perkembangan semasa keluarga, tak ada lah seperti katak dibawah tempurung. Bila orang tanya, semua tak tahu..hmmmm..
Memang ramai menganggap hujung minggulah untuk mendapatkan rehat yang secukupnya, tapi anda juga harus peka tentang kebaikan jika anda terus aktif walaupun pada hari cuti. Cubalah rajin sikit!