Anak syarikat entiti tersenarai awam Thailand Home Product Centre di Malaysia telah merasmikan cawangan keempatnya dengan pembukaan kedai penyelesaian peningkatan taraf rumah sebanyak 42,000 kaki persegi di Tesco Station 18. Ini merupakan usaha pertama HomePro ke Malaysia utara.
Sebagai kedai “one-stop” untuk semua peningkatan taraf rumah, sentuhan akhir rumah, elektrikal serta produk kelengkapan rumah, HomePro Malaysia Sdn Bhd yakin bahawa cawangan barunya akan mendapat sambutan hangat daripada penduduk tempatan dan pelawat dari luar kawasan.
Cawangan di Ipoh akan menawarkan melebihi 20,000 jenis peralatan serta menyediakan perkhidmatan peningkatan taraf rumah daripada pasukan dalaman HomePro, di samping menggajikan 60 orang pekerja.
Demi meraikan perasmian cawangan, HomePro Ipoh akan:
- Menawarkan promosi “Talk of the Town” pada 29 Julai 2017 dengan harga pasaran yang tidak dapat ditandingi.
- Pelanggan juga boleh menikmati tawaran Promosi Pembukaan yang hebat bagi perabot, peralatan rumah dan barangan elektronik sehingga 31 Ogos 2017.
- Bagi setiap RM100 yang dibelanjakan, pelanggan layak mendapatkan borang penyertaan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan “Spend & Win” (Belanja & Menang), di mana pelanggan boleh memenangi hadiah berharga melebihi RM10,000.
- Memberi keahlian HomePro secara PERCUMA kepada semua pelanggan Ipoh – pendaftarran boleh dibuat di kaunter perkhidmatan pelanggan di cawangan Ipoh.