Monday, April 19, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Jom Sihat! 16 Aktiviti Paling Mudah Boleh Bakar 100 Kalori Dalam Sehari

by Malisa Aina
July 28, 2017
Foto - Google Image

Foto - Google Image

31
SHARES
311
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Anda nak kurangkan berat badan sedia ada? Nak kurus tapi secara sedikit demi sedikit? Kalau begitu, anda kenalah buat aktiviti untuk bakar kalori. 

Tahukah anda bahawa dengan beberapa aktiviti biasa ini, mungkin kita mampu membakar hampir 100 kalori dengan cepat.

Foto – Tumblr

Gunakan 16 cara mudah untuk membakar kalori dan menurunkan berat badan lebih cepat apabila anda berada di rumah, di pejabat dan di mana sahaja.

Foto - My Fitness Pal Blog

Trainer Gym Kata Elak Guna ‘Treadmill’ Berjam-Jam, Itu Bukan Cara Untuk Kurus!

April 6, 2021

Kenapa Kenaikan Berat Badan Baik Untuk Si Kurus

August 3, 2020

1. Melompat 

Skipping atau melompat selama 15 minit dalam sehari mampu membakar lebih 100 kalori.

2. Mengemas rumah

Mengemas rumah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori.

3. Bermain boling 

Bermain boling selama 30 minit dapat membakar 100 kalori. Tetapi anda harus mengurangkan memakan snek semasa bermain boling.

4. Berjalan kaki 20 minit

 Berjalan kaki selama 20 minit atau pun 2000 langkah dapat membakar 100 kalori.

5. Berdiri 

Berdiri selama 20 minit selang beberapa jam dapat membakar 100 kalori. Contohnya anda boleh lakukan di pejabat (berdiri semasa membuat panggilan, atau bercakap dengan rakan sekerja)

6. Membeli belah

Window shopping atau membeli belah selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Anda tidak perlu membeli apa-apa pun dan dapat membakar kalori anda!

7. Membawa bakul semasa membeli barang

Jika anda selalu menggunakan troli semasa membeli barang dapur, kali ini tukar pula dengan bakul. Membawa bakul selama 30 minit dapat membakar sebanyak 110 kalori.

8. Tidur

Anda boleh membakar 100 kalori semasa tidur jika anda menambah dua hingga 5 pound berat otot anda. Bagaimana? Tambahkan pengambilan protein anda dan bersenam di gym.

IKLAN

9. Menari 

Menari selama 20 minit dapat membakar 100 kalori badan anda.

10. Membasuh/melipat/gosok baju

Habiskan masa selama 45 minit dengan mencuci, menyidai dan menggosok pakaian anda dan anda boleh membakar 100 kalori.

11. Naik turun tangga

Naik turun tangga dan buat sedikit senaman di tangga selama 30 minit, dapat membakar 100 kalori.

12. Mengemas katil 

Mengemas katil, bantal, menukar sarung selama 50 minit hingga 1 jam dapat membakar 100 kalori.

13. Bermain pool/snooker

Bermain pool dan snooker selama 40 minit dapat membakar 100 kalori. Bayangkan kalau bermain selama berjam-jam?

14. Berkebun

Tahukah anda bahawa dengan berkebun, bercucuk tanam sahaja anda boleh membakar sehingga 105 kalori, lakukan lebih kurang 25 minit, jadikan ia sebagai hobi.

15. Membaca

Cara dengan menghabiskan 65 minit membaca untuk membakar 100 kalori bahkan juga membantu mengekalkan otak anda.

16. Masak

Luangkan masa selama 40 minit dengan memasak – bermula dari penyediaan barang, sesi potong-motong, masak sehinggalah hidang di meja makan dapat bakar 100 kalori.

Mudahkan? Jom amalkan aktiviti bermanfaat ini untuk sihat!

Rujukan : 1, 2

Tags: aktiviti sihat bakar kaloriaktiviti untuk turun 100 kaloricara bakar kaloricara kuruscara turun berat badan paling mudahsenarai aktiviti untuk turun 100 kaloritips bakar kalori
Share12SendShare

ARTIKELTERKINI

Aktres Cantik Ini Buktikan Bahan Dapur Pun Boleh Buat Muka Flawless

Trik Pelik Untuk Kekal Muda, Wanita Dedah Guna Susu Badan Saja!

Jangan Terlebih, Dos Yang Betul Patut Kamu Ambil Suplemen Vitamin C

Kereta Terbalik Tiga Kali, ‘Beauty Guru’ Jeffree Star Kemalangan Teruk

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.