Tahniah Syamsul Yusof kerana membanggakan rakyat Malaysia!
Syamsul Yusof diangkat sebagai Pengarah Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik (FFAP) ke-57 menerusi filem Munafik di Phnom Penh, Kemboja, malam tadi.
“Nikmat itu dari Allah. Hakikatnya apa yang ada hanyalah pinjaman. Secebis bakat dan ilham dari Tuhan pada kita sekecil-kecil hamba-Nya,” jelas penghibur serba boleh ini.
Kemenangan itu menjadikan Syamsul, 34, sutradara kedua dari Malaysia menjulang gelaran Pengarah Terbaik selepas Allahyarham Yasmin Ahmad mencipta sejarah pada festival sama, 17 tahun lalu melalui filem Mualaf.
Delegasi negara tahun ini turut menjulang trofi Suntingan Terbaik menerusi kemenangan filem Ola Bola terbitan Astro Shaw.
Sebelum ini, Malaysia pernah meraih anugerah utama lakonan termasuk menerusi Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang menerima trofi Pelakon Lelaki Terbaik pada FFAP keempat (1957) selain Maya Karin pada FFAP ke-49 (2004) serta Datin Seri Tiara Jacquelina pada FFAP ke-50 (2005).
Tahniah!