Pertunjukan fesyen pakaian dalam Victoria’s Secret sentiasa menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh penggemar fesyen lingerie itu. Bukan sahaja memukau penonton dengan persembahan dari artis antarabangsa, koleksi bra dan seluar dalaman yang eksklusif tapi lenggang lenggok tubuh para model.
Boleh dikatakan ramai yang menonton pertunjukan fesyen tersebut semata-mata untuk melihat para model kesayangan mereka. Diberi gelaran ‘angels’ sesuai dengan aksesori kepak besar yang dibawa apabila memperagakan di pentas. Tapi ingat bukan mudah untuk menjadi salah seorang angels Victoria’s Secret..
Pemilihan model untuk Pertunjukan Fesyen Victoria’s Secret 2014
https://www.youtube.com/watch?v=0Iw4wTlm4Mw
Model yang paling lama menjadi angles ialah Adriana Lima, sejak tahun 2000 lagi!
Siapa lagi angels Victoria’s Secret? Wanista kongsikan wajah dan tubuh yang menjadi impian setiap wanita yang melihat pertunjukan fesyen Victoria’s Secret. 6 nama ini antara yang baru dalam dunia VS dan masih mempunyai kontrak lanjutan bersama.
#1 Izabel Goulart, Brazil (Sejak 2005)
Supermodel yang berusia 32 tahun memang tidak asing lagi dipentas VS. Susuk tubuh tinggi lampai dan mempunyai six pack di bahagian abdomen memang membuat orang terfikir sekerap mana si Izabel bersenam. Lihat lah posting dia di Instagaram. Lincah sahaja lompat dengan tali skipping.
#2 Liu Wen, China (Sejak 2009)
Manis dengan lesung pipit, jangan main-main Liu Wen antara model yang mendapat bayaran tertinggi dan model dari Asia Timur pertama terpilih di acara fesyen VS. Supermodel dari negara China ini memang tak nak mengalah dengan posting senamannya. No wonder VS tak mahu melepaskan Liu Wen…
#3 Maria Borges, Angola (sejak 2013)
Baru sahaja berusia 24 tahun, Maria sudah tercalon dalam Forbes Africa Magazine sebagai top model pada 2013. Malah, dia juga antara model kulit hitam berjalan di pentas VS pada 2015 dengan rambut afro aslinya! Comel jer kan Maria dengan rambut kerintingnya, nampak comel tapi bila tengok rutin senamannya…memang dashyat.
https://www.instagram.com/p/BW8CFqrAhgI/?taken-by=iammariaborges&hl=en
#4 Valery Kaufman, Russia (Sejak 2015)
Sebelum dikenali di pentas VS, karya Valery sudah banyak dilihat di rumah fesyen terkenal seperti Alexander Wang, Gucci, Oscar de la Renta, Elie Saab. Bukan itu sahaja, wajah Valery tampil di majalah Vogue edisi Russia, Turki, German, Brazil, Jepun dan Itali! Sama seperti Izabel, Valery juga gemar bersenam menggunakan tali skipping.
https://www.instagram.com/p/BVD-B93lBz3/?taken-by=valerykaufman&hl=en
#5 Joan Smalls, Puerto Rico (Sejak 2011)
Joan model Latin pertama muncul untuk jenama kecantikan Estee Lauder. Mempunyai daya penarik wajah seksi, Joan pernah memenangi anugerah ‘Model of the Year’ pada tahun 2012 oleh Style Awards dan muncul dalam filem John Wick: Chapter 2. Cemburu kejayaan dan bentuk tubuh Joan, cuba anda lihat cara senaman dia. Pasti anda gentar…
#6 Xiao Wen Ju, China (Sejak 2016)
Memiliki wajah keanak-anakan dan berwajah comel, memang tak sangka Xiao Wen antara model dan ikon berpengaruh oleh models.com. Baru sahaja dipanggil oleh VS sebagai angels baharu mereka, Xiao pasti menjadi pilihan untuk koleksi pakaian dalam VS yang cute. Walau muka comel, cuba anda lihat betapa panjangnya kaki Xiao Wen, tingginya 177cm tau!
Model yang mana paling buat anda cemburu? Komen!