Tahukah anda bahawa hasil penelitian sains menunjukkan Harry Styles mempunyai mata dan dagu paling cantik lagi sempurna di dunia.
Penelitian disahkan oleh Centre for Advanced Facial Cosmetic and Plastic Surgery dengan menggunakan kaedah Golden Ratio bagi mengukur bentuk simetri wajah seseorang, dengan tujuan mengetahui selebriti mana yang paling kacak di dunia.
Untuk dagunya pula, nisbah bagi kesempurnaan simetri wajahnya adalah 99.7 peratus daripada nisbah sempurna. Beliau mengungguli carta mata paling cantik di dunia menewaskan Will Smith dan Brad Pitt yang menduduki tangga kedua dan ketiga.
Manakala untuk kategori hidung paling sempurna diungguli oleh aktor kelahiran Kanada iaitu Ryan Gosling dengan nisbah 99.7 daripada peratusan kesempurnaan.
David Beckham pula dilihat sebagai manusia berwajah paling sempurna di dunia dengan kadar nisbah 96.4 dari kadar peratusan sempurna.