Tona kulit tidak sekata menyukarkan untuk kita semua mencari warna bedak asas yang bersesuaian. Kadangkala ia juga menyebabkan kemasan solekan menjadi rosak dan bercapuk. Untuk menutup segala cela diwajah bukan mudah, penggunaan produk yang membimbangkan juga boleh beri kesan sampingan pada kulit. Takut!
Pada anda yang mencari-cari kaedah atau produk yang memberi efek tona kulit sekata tanpa membahayakan kulit, Hello FAB Triple Protection Skin Tint with Goji Berry SPF 30 ada jawapannya…
Ia merupakan produk terbaru dari First Aid Beauty bagi koleksi Hello FAB, khas untuk menaikkan seri dan memperbaiki tona kulit muka dengan pantas! Kaya dengan Goji Berry, Astaxanthin, Vitamin C dan ekstra Alteromonas Ferment campuran bahan tinggi anti-oksida dan mineral asli SPF 30 menghakis keluar bahaya sinaran UVA dan UVB.
Mempunyai empat pilihan warna, memudahkan pengguna memilih warna yang sesuai bagi tona kulit mereka.
Untuk result yang mengagumkan, goncang sebelum menggunakan Hello FAB Triple Protection Skin Tint with Goji Berry SPF 30, kemudian picit keluar produk dan sapu rata pada bahagian muka dengan hujung jari. Tambah mengikut berapa coverage yang anda mahu.
Dapatkan produk First Aid Beauty secara eksklusif di butik Sephora Malaysia.