Produk rangkaian penjagaan mewah, Peter Thomas Roth sekali lagi menggegarkan pasaran kecantikan dengan dua produk terbaharu mereka iaitu dibawah koleksi Water Drench. Produk terbaharu ini memperkenalkan kebaikan kelembapan dari Hyaluronic Acid yang memberi jaminan untuk kulit kekal lembab sehingga 72 jam! Diformulasi bebas minyak, alkohol dan wangian menjadikan Water Drench antara produk yang terbaik untuk kesihatan kulit.
Water Drench Hyaluronic Cloud Serum (RM357)
Serum ringan dengan daya serapan pantas ini mempunyai 75% Hyaluronic Acid. Ia bukan sahaja menambah hidrasi pada kulit malah mengurangkan tanda penenuaan. Secara tidak langsung, garis halus dan tekstur kulit tidak sekata dapat diperbaiki secara lembut menggunakan serum air ini.
Sesuai untuk semua jenis kulit seperti kulit normal, berminyak, kombinasi, kering dan sensitif.
Water Drench Hyaluronic Cloud Cream (RM286)
Bukan seperti krim pelembab yang lain, ianya terdiri dari krim Hyaluronic Acid yang diambil dari air tulen didunia. Menjadikan ia kekal segar dikulit, ringan, tidak berminyak dan mampu melembab kulit sehingga 72 jam. Tekstur ringan pelembab ini pantas menyerap kedalam kulit tapi masih mengekalkan rasa lembab dan lembut pada kulit. Kandungan ProHyal dan Ceramides mengekalkan kesihatan kulit dari ancaman radikal bebas bahaya. Malah ia juga menjadikan kulit lebih muda, kekal hidrasi dan mengurangkan kedutan.
Dapatkan Peter Thomas Roth Water Drench di butik Sephora Malaysia atau secara talian di https://www.sephora.my/brands/peter-thomas-roth.