Untuk mendapat hasil photoshoot yang unik dan memukau, supermodel Kate Moss sanggup menempah maut duduk bersidai di hujung helikopter di Capri, Itali.
Ikon fesyen berusia 43 tahun itu dilihat beraksi ghairah mempamerkan payu daranya yang hanya ditutupi jaket bulu dengan kaki kiri terjuntai ke luar. Kate Moss dilihat menutup mata dan menundukkan kepalanya untuk membolehkan kamera mengambil sudut sempurna.
Patut dipuji apabila Kate Moss langsung tidak kelihatan gemuruh ketika beraksi dalam helikopter tanpa pintu dan hanya bergantung dengan tali pinggang keledar sahaja sebelum helikopter mula bergerak.
Berbekalkan pengalaman dengan lebih daripada 300 hiasan muka depan, Kate menjadikan itu sebagai aset untuk dia bergambar glamor tanpa rasa sangsi.
Walaupun nampak sempurna tetapi aksi yang dilakukan Kate Moss ini sangat ngeri. Anda jangan terfikir nak tiru pula okay!