Di Hollywood apa sahaja boleh berlaku, begitulah terjadi pada aktres Amerika-Colombia, Sofia Vergara yang langsung tidak ragu-ragu untuk tampil tidak berpakaian sebagai penghias muka hadapan majalah Women’s Health dalam Naked Issue.
“Inilah wanita berusia 45 yang mampu menayangkan tubuhnya. Tidak seperti sebelum ini, hanya orang muda sahaja yang boleh membikinnya.”
Sofia menjelaskan bahawa dia menerima apa sahaja perubahan yang berlaku pada tubuh badan. Baginya lagi tiada apa yang sempurna, melainkan kita menerima siapa diri kita. Obses untuk kelihatan muda? Baginya tidak benar kerana pada siapa yang semakin meningkat umurnya pasti berlaku perubahan.
Rahsia Sofia kekal sihat dan tampak aktif ialah bersenam. Walaubagaimanapun dia tetap merendah diri mengatakan dia juga mempunyai beberapa masalah seperti lutut dan tulang tidak kuat. Namun dia tetap bersungguh menjalani gaya hidup sihat kerana kariernya juga bergantung pada bentuk fizikal (faham-fahamlah Hollywood).
Jadi ia bukanlah untuk mencipta kontroversi, tapi disini Sofia mahu menjelaskan walaupun umur semakin meningkat tapi masih ada banyak lagi cara untuk kekal sihat mengikut faktor umur. Jangan mudah mengalah!