Orang kata nak dapatkan gambar fotogenik, rupa paras memainkan peranan penting. Tapi sebenarnya tidak juga begitu, kerana anda pun boleh miliki gambar fotogenik jika teknik pencahayaan betul ditambah lagi dengan mekap, nescaya gambar anda terus perfection.
Tapi macam mana nak dapatkan gambar fotogenik dengan mekap? Ya, penulis tahulah mekap biasa-biasa tapi nak dapatkan yang betul-betul seperti Angel Victoria’s Secret, bagaimana agaknya?
Kening main peranan
Kening adalah bahagian wajah yang selalu diabaikan ketika bermekap. Lukis dan rapikan kening anda dengan baik menggunakan pensil kening.
- Foto – News
Kening yang nampak lebih penuh dan gelap dapat mengelakkan wajah anda nampak pucat dalam gambar. Kening juga adalah faktor terbesar yang akan menentukan karektor dalam gambar.
Pakai gincu warna terang
- Foto – Byrdie
Walaupun gincu warna nude dan lembut juga nampak menawan, gincu yang berwarna terang lebih terjamin untuk buat wajah anda ‘makan gambar’.
Maskara jatuh sebagai ‘mekap wajib’ untuk sesi bergambar
Ini kerana maskara akan membuat mata anda nampak lebih ‘terbuka’ dan jangan lupa mata merupakan pusat tumpuan gambar.
- Foto – SleepSugar
Mahukan kesan yang lebih dramatik? Anda boleh cuba memakai bulu mata palsu. Foto anda dari sudut sisi wajah tentu nampak lebih menarik.
Rambut bersinar akan kelihatan lebih fotogenik
Anda menggunakan semburan rambut (hair spray) untuk mendapatkan kesan ini. Rambut leper juga adalah antara spoiler yang akan ‘merosakkan’ gambar anda.
- Foto – Koreaboo
Bagi mengatasi masalah ini, tiup kering rambut anda menggunakan pengering rambut atau terbalikkan kepala ke bawah untuk beri volume kepada rambut.
Kulit flawless
Kulit yang flawless menjadi faktor yang kuat dalam menjadikan seseorang nampak fotogenik.
- Foto – Emedemujer USA
Selain teknik mengedit gambar atau menggunakan Kamera 360 dan beberapa applikasi telefon yang lain, pemilihan foundation yang tepat mungkin memberi hasil yang lebih baik.
Namun, pemilihan warna yang tepat adalah penting supaya anda tidak kelihatan seperti memakai tepung gomak ataupun lebih gelap dari warna kulit sebenar.
Pemerah pipi adalah satu kemestian
Tanpa warna pada pipi anda, muka anda boleh kelihatan seperti mempunyai dua dimensi dalam gambar.
- Foto – Makeup
Untuk sesi fotografi outdoor, pilih warna yang tidak terlalu menonjol dan lebih semulajadi seperti aprikot dan merah jambu pastel manakala untuk sesi fotografi indoor, pilih warna yang lebih terang seperti rose pink mengikut kesesuaian tona kulit anda.
Sekarang siapa kata anda tak boleh dapatkan gambar yang fotogenik?