Siapa di antara anda yang mempunyai tabiat gigit kuku? Cepat mengaku, jangan menipu!
Anda gigit kuku sampai menyebabkan kerosakan pada kuku sehingga boleh menyebabkan hujung jari berdarah. Walaupun ditegur banyak kali, tabiat ini sangat susah untuk dihentikan.
Tapi masalahnya tak akan anda nak gigit kuku sampai ‘kontot’? Cuba bayangkan bila nak sarung cincin tunang atau nikah, dengan kuku kontot, mesti nampak buruk.
Jadi, apa cara nak menghentikan tabiat ini?
Mengalihkan perhatian
Setelah menyedari mempunyai kebiasaan gigit kuku, maka boleh cuba mengalihkan perhatian dengan menyibukkan tangan melakukan tugasan atau aktiviti malah juga bermain permainan seperti fidget spinner atau slime.
Mengoleskan krim atau bahan lain pada kuku
Krim, minyak ataupun pewarna kuku direka untuk menghentikan kebiasaan gigit kuku. Kerana kebiasaan tersebut biasanya dilakukan tanpa sedar dan boleh berhenti bila anda mendapati ada rasa atau aroma yang tidak enak dari kuku.
Potong kuku
Setiap kali memotong kuku, pastikan kamu turut merapikan kuku kerana kuku yang dipotong pendek dan rapi akan mengurangkan keinginan untuk menggigit kuku. Kalau boleh cuba lakukan rawatan manicure seminggu sekali.
Menenangkan diri
Sesetengah orang, menggigit kuku dapat menenangkan diri bila menghadapi tekanan ataupun perasaan bimbang.
Cubalah terapi penghilang stres agar kebiasaan kamu menggigit kuku saat stres boleh berkurangan misalnya, menulis, melukis atau membaca.
Melakukan kebiasaan baru
Melakukan kebiasaan baru dapat membantu menghentikan tabiat buruk ini. Sebagai contoh anda boleh cuba mengunyah gula-gula getah ataupun makan.
Memakai kuku palsu
Anda boleh atasinya dengan cara memakai kuku palsu untuk mencegah tabiat menggigit kuku.
Semoga tips ini boleh membantu mengatasi tabiat buruk anda. Penulis tak mahulah ada yang mentertawakan anda, apa tidaknya muka dah cantik macam awet Korea, penampilan dah bergaya tetapi kuku pula buruk.
Good Luck!