MRT atau Mass Rapid Transit adalah kemudahan pengangkutan yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi memberi pilihan pengangkutan awam lebih strategik buat pengguna dengan menawarkan hentian dari stesen Sungai Buloh hingga ke Kajang.
Lebih menarik kini, setiap Ahad minggu pertama dan ketiga, orang ramai dibenarkan membawa bersama basikal bersaiz penuh ke dalam tren semasa menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Kelana Jaya, Ampang dan Sri Petaling.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Datuk Zohari Sulaiman berkata orang ramai dibenarkan membawa basikal itu bermula 6 pagi hingga 10 pagi sebagai menyokong program ‘KL Car Free Morning’.
“Langkah ini akan memudahkan peserta ‘KL Car Free Morning’. Sekarang mereka tidak perlu membawa kereta ke dalam bandar bagi memelihara alam sekitar dan mengurangkan penghasilan karbon di udara,” katanya pada sidang media selepas pelancaran ‘Bike and Ride’ di sini hari ini.
kajian yang dibuat melalui laman Twitter MyRapidKL menunjukkan 80 peratus maklum balas bersetuju dan menyokong langkah membenarkan basikal berukuran penuh itu menaiki LRT manakala 20 peratus lagi berkecuali. “Sekiranya peringkat percubaan ini berjaya dan pengguna mematuhi segala syarat yang ditetapkan, kami akan mempertimbangkan untuk panjangkan program ini kepada hari lain dan tempoh waktu yang panjang sebelum ia turut dilaksanakan dalam perkhidmatan lain,” katanya.
“Mereka perlu memastikan langkah membawa basikal itu tidak memberikan sebarang risiko bahaya atau ketidakselesaan kepada para penumpang lain, pastikan basikal bersih dan ia dibawa dengan selamat tanpa merosakkan aset Rapid KL,” ujarnya.
Sebelum ini hanya basikal lipat yang dibenarkan.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.myrapid.com.my]