Hawa Adara bukan lagi jenama asing dalam fesyen muslimah. Rekaan yang sederhana, kontemporari tapi elegan ini telah berada secara eksklusif di Go Shop Malaysia. Jenama ini juga membawa falsafah pemakaian sederhana dalam agama Islam, potongan pakaian dan pemilihan fabrik menjanjikan ianya sesuai dan selesa untuk dipakai setiap hari.
Terdapat 3 koleksi dari Hawa Adara iaitu Tudung Sofea, Tudung Baiduri dan Jubah Aaira.
Hawa Adara Tudung Sofea Set (6 helai) – RM149
Tudung Sofea merupakan koleksi asas (basic collection) yang sesuai dipakai pada setiap hari. Menggunakan fabrik dari jenis chiffon cerutti spandex membuatkan tudung ini senang dibentuk, selesa dan direka double loop supaya mudah digayakan tanpa memerlukan sebarang pin. 6 pilihan warna menarik iaitu pink lilac, dusty rose, olive, teal, grey dan navy. Tudung Sofea hanya didatangi dengan satu saiz, 72 cm
Hawa Adara Tudung Baiduri Set (4 helai) – RM199
Tudung yang bertitipkan perincian glamor, set Tudung Baiduri sesuai digayakan untuk majlis atau acara keraian. Dari fabrik heavy chiffon yang tampak mewah, koleksi ini terdapat 3 jenis rekaan – fully instant, semi – instant dan dua double loop. Tudung Baiduri bersaiz 68cm dan mempunyai 4 warna iaitu merah, coklat, hijau dan ungu.
Hawa Adara Jubah Aaira (2 helai) – RM199
Koleksi Jubah Aaira memperkenalkan rekaan yang ringkas dengan dua pilihan warna persimmon dan blue. Tidak jarang, potongan A yang sesuai untuk mana-mana bentuk badan dan kemasan rekaan khas untuk pelbagai acara. Terdapat dalam saiz M, L, XL dan XXL.
Set tudung dan jubah yang amat berpatutan pada mereka yang gemar bergaya fesyen Muslimah. Dapatkan koleksi tudung dan jubah Hawa Adara hanya di Go Shop Malaysia. Layari www.goshop.com.my atau melalui aplikasi Go Shop.