Maklum sahajalah, susah nak cari orang kita yang betul-betul memiliki mata yang galak. Rata-ratanya mewarisi saiz mata kecil berbanding dengan orang barat.
Menurut sebuah kajian dari Oxford University, mereka yang beriklim sejuk lebih berpotensi memiliki saiz mata besar kerana sistem penglihatan tersebut bisa membantu mereka untuk melihat lebih jelas dalam keadaan cuaca yang kurang memiliki cahaya terang.
Walau bagaimanapun, ada juga orang kita yang beruntung kerana dikurniakan sepasang mata yang galak lebih-lebih lagi buat mereka yang berketurunan India.
Anne Hathaway adalah salah seorang selebriti barat yang memiliki sepasang mata paling cantik!
Namun begitu, tak semestinya tiada cara lain yang bisa bantu anda untuk dapatkan mata yang galak dan cantik persis Anne Hathaway atau aktres klasik Tamil iaitu Sridevi!
Macam Sridevi ni, nak mata nampak lagi besar, pakai penggaris mata hitam bahagian bawah bulu mata, bukan kat waterline… Garis waterline guna penggaris mata warna putih atau nude.
Berikut adalah 5 langkah solekan mata paling senang yang diajarkan oleh jurusolek ternama Micheal Anthony untuk buat mata ‘sepet’ bangkit galak.
#1 Penggaris Mata Putih
Terpulang pada kegemaran individu. Sila pilihan penggaris mata yang berrona nude atau putih untuk memberi ilusi seolah ruang mata anda lebih besar. Caranya, garis waterline pada bahagian bawah mata sebelum memakai maskara.
#2 Lebihkan Sapuan Maskara Pada Bulu Mata Bawah
Ramai orang tak gemar pakai maskara pada bulu mata bawah kerana takut comot. Tapi langkah ni paling penting untuk nampakkan seolah-olah mata anda tu lebih besar sekaligus memanjangkan bulu mata! Guna maskara waterproof okay?
#3 Pembayang Mata Warna Putih!
Kadang-kadang beli eyeshadow kat kedai mesti ada warna putih, tapi tak tahu nak guna warna putih untuk apa kan?
Ha, ni lah masanya anda guna pembayang mata warna putih tu untuk disapukan pada bahagian pembuka mata (inner corner). Cara ini akan memberi ilusi seolah ukuran mata anda melebar ketepi. Jika tak ada berus kecil, boleh dap guna jari je!
#4 Pakai Bulu Mata Palsu Di Bawah Mata
Selalu tengok orang pakai bulu mata palsu kat bahagian atas je kan? Kali ni try pakai kat bahagian bawah pula. Tapi bukan di sepanjang garisan bulu mata tu, potong saiz bulu mata penuh ke beberapa bahagian dan lekapkan pada bahagian tengah bawah mata sahaja. BAHAGIAN TENGAH JE TAU!
#5 Leretkan Hujung Garisan Mata!
Guna juga pembayang mata warna putih tadi untuk menarik lebar saiz mata pada bahagian hujung (outer corner).
Lebih kurang cara membuat cat eyeliner, gunakan pensil mata atau pembayang mata warna putih/nude untuk garis dari hujung penjuru mata hingga ke bahagian luarnya sedikit.
Go be beautiful! ❤️