Selain kostum dan watak yang dibawakan para pelakon profesional dalam Game of Thrones, lokasi yang menjadi latar utama dalam setiap musim dan babak yang dipaparkan dalam episod-episodnya adalah yang paling dipuja ramai.
Untuk itu, HomeAway yang merupakan teman percutian anda yang bakal menawarkan seleksi percutian mewah idaman yang bertepatan dengan cita rasa orang ramai.
Bersempena tayangan musim akhir Game of Thrones sejak Isnin lalu, HomeAway beri 7 pilihan penginapan terbaik yang diinspirasi dari drama bersiri itu.
# Winterfell
Capai impian untuk menjadi raja! Jom menginap di sebuah istana lama yang binaannya hampir sama dengan Winterfell di La Flocelliere Castle, Perancis. Biarpun tempat ini agak hambar tanpa liputan wifi, sudah tentu anda akan lebih menghargai waktu percutian anda bersama tersayang.
# Riverrun
Victorian Mansion House adalah penginapan yang paling dekat dengan stuktur Riverrun dalam Game of Thrones. Memiliki 14 bilik tidur dan tidak ketinggalan dilengkapi fasiliti moden bergaya yang dikelilingi belukar hijau. Selain untuk bersuka ria bersama keluarga, ia juga boleh dijadikan lokasi bagi penganjuran majlis kahwin ala barat.
# Tower of Joy
Menara ini telah terbina sejak 500 tahun namun dibaik pulih semula pada tahun 2000. Reka bentuknya yang klasik dikekalkan bagi mempamerkan keaslian seni binaan Tower House di Country Cork, Ireland ini, sesuai diinap bagi mereka yang impikan suasana seperti dilihat dalam babak yang menampilkan Tower of Joy.
# Storm’s End
Boleh tinggal di 18th Century Tawstock Castle untuk rasa nikmat seperti menginap di The Storm’s End Castle. Dalam Game of Thrones, Storm’s End Castle adalah milik Stannis Baratheon adalah istana penuh sakti kerana dindingnya telah ditiup dengan mantera agar terpelihara dari serangan musuh.
# Horn Hill
Istana Dun’s Castle yang terletak berdekatan dengan Edinburgh di Scotland ternyata menyerupai binaan House of Tarly di Horn Hill. Ia boleh memuatkan lebih 23 tetamu dalam 12 buah bilik yang disediakan. Jika anda teringin hidup seperti golongan bangsawan Scotland zaman dahulu, mungkin disinlah tempatnya.
# Walls of King’s Landing
Seperti dipaparkan dalam Game of Thrones, Tembok King’s Landing ini setidaknya telah menjadi satu mercu yang banyak menyimpan kesan sejarahnya yang tersendiri. Ia pernah menjadi tempat perlindungan utama saat berlakunya perang lampau lalu menyelamatkan kota Lannisters. Ayuh menginap di rumah agam yang tidak jauh bezanya dengan tembok pertahanan Walls of King’s Landing untuk amati pemandangan indah sambil dinyamankan angin dan arus ombak segar yang dapat dilihat jelas jika berada di puncak menara Tower Capperina di Itali.
# Temple in King Renly’s Camp
Biarpun King Renly’s Camp ini hanya pernah muncul sekali dalam salah sebuah episod Game of Thrones, ia pasti menggamit memori para peminat drama bersiri yang berkonsepkan zaman purba ini.
Terletak di Utara Ireland, ia dikatakan adalah kawasan yang paling digemari para jurugambar profesional.
Cukup untuk memuatkan 14 orang penginap, HomeAway mencadangkan anda untuk tidur dan menghabiskan percutian di sebuah kediaman artistik yang struktur binaannya hampir sama dengan Temple in King Renly’s Camp. Jangan risau jika kawasan Geodesic Dome di West Virginia ini dilitupi salji kerana rumah ini turut dilengkapi pemasan api yang bantu memelihara tetamunya daripada cuaca sejuk melampau.
Untuk keterangan lanjut, sila layari [www.homeaway.com.my]