Jenama Costa Coffee yang terkenal di Eropah kini mula lancar di stesen-stesen Shell Malaysia. Pembukaan sebanyak 200 Costa Coffee layan diri yang akan beroperasi di cawangan-cawangan Shell Select dalam 12 bulan akan datang.
Konsep kopi layan diri dari Costa Coffee diperkenalkan oleh syarikat reka bentuk Itali, Pininfarina yang mashyur dengan kereta model klasik Ferrari. Setiap kopi Costa Coffee menawarkan adunan istimewa Mocha Italia segar. Dengan lebih 200 kombinasi kopi, pelanggan boleh mencipta citarasa masing-masing dari menambah sususegar sehinggalah memilih sirap berperisa.
Buat pertama kali juga, penggemar kopi di Malaysia turut berpeluang menikmati minuman sejuk secara eksklusif di Costa Coffee layan diri.
“Gabungan mantap Shell dan Costa ini seiring dengan misi Shell untuk meningkatkan pengalaman pelanggan kami. Kini pelanggan dan penggemar kopi berkualiti pada bila-bila masa sahaja dan kami berharap rakyat Malaysia akan mengunjungi Shell Select untuk merasai kemudahan yang kami sediakan sambil menikmati Costa Coffee,” ujar Shairan Huzani Husain, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd.
Untuk senarai kafe layan diri Costa Coffee di cawangan-cawangan Shell Select terpilih, layari shell.com.my/costacoffee.