Ada tak sesiapa di sini yang lebih memilih teh berbanding kopi? Kalau ada, kita geng!
Memperkenalkan rangkaiaan terbaru Teh Infusi Spa Herba dan Buah-Buahan BOH; Gentle Ginger, Hibiscus Zest dan Twilight Rooibos. Ianya diperkaya dengan kebaikan semulajadi asli bagi membantu memulihkan kesegaran tubuh badan, menenangkan jiwa, merangsang otak serta menaikkan semangat peminum.
Baca: 11 Kebaikan Minum Teh Ketika Sahur & Iftar
Tambahan kepada rangkaian teh infusi spa ini adalah rangkaian Teh BOH Garden, diperoleh daripada satu taman, ianya adalah asli dan belum dikisar. Ditanam di Manipuri dan Rajhur Jats, teh variasi ini mempunyai rasa dan kualiti yang tiada tandingannya. Pilih diantara Teh Palas Supreme atau Palas Afternoon Tea – untuk aroma yang istimewa dan memikat.
Dipenuhi dengan Uncang Teh Piramid Biodegradasi baru BOH, rangkaian teh ini dipersembahkan dalam kanister menarik yang telah direka khas. Uncang Teh Biodegradasi BOH adalah selamat mesra alam. Ia sesuai digunakan bagi pembungkusan daun teh kerana sifat kebolehterlapan dan bentuk piramid uncang tersebut. Uncang Teh Piramid BOH juga telah menerima tanda “GreenPla”, satu tandadagangan dari Jepun di mana ianya mempromosikan produk biodegradasi secara komersial.
Nikmatilah secawan teh yang juga menyokong kemampanan alam sekitar.