Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba,akhirnya Sephora Malaysia bakal melancarkan cawangan ke-19 di Genting Highlands pada 1 September nanti!
Menawarkan aneka produk kecantikan yang terdiri daripada kosmetik, wangian serta rangkaian penjagaan wajah dan tubuh dari hujung rambuut hingga hujung kaki termasuklah pelbagai jenama antarabangsa terbaik seperti Kat Von D, Tarte, Marc Jacobs Beauty, Dr. Jart+, Fresh dan banyak lagi!
Sephora adalah peneraju gedung kecantikan gergasi yang menawarkan lebih 100 jenama bermutu khas buat wanita yang mementingkan kesejahteraan diri.
Bagi memeriahkan acara, Sephora mengundang lebih ramai tetamu terutama para peminat sejati barangan kecantikan dan kosmetik untuk turut serta dalam hari gilang-gemilang pembukaan cawangannya yang ke-19 di Genting Highlands itu dengan menawarkan baucar pembelian RM50 hingga RM100 buat mereka yang beratur menantikan pelancaran.
Bukan itu sahaja, pengujung bertuah juga berpeluang membawa pulang hadiah seperti beg galas mini Sephora edisi terhad apabila membeli dengan resit minimum RM600 manakala, ahli Sephora Gold Pass pula boleh membawa pulang Sephora Collection Geometricolor Blockbuster Pallette.
Untuk keterangan lanjut, sila klik [www.sephora.my] atau lawat laman Facebook rasmi Sephora Malaysia di [www.facebook.com/sephoramalaysia].
Lokasi Kedai: Lot No. T2A-49 & 50, Level 2, Sky Avenue, 69000 Genting Highlands.
Waktu Operasi: 10am – 10pm setiap hari.