Teknik yang paling sukar dan yang masih belum penulis mampu kuasai ialah teknik pembayang mata/eye shadow.
Ditambah pula dengan sekarang banyak lagi ciptaan gaya eye shadow dari glitter, smokey, cut-crease, doll, anime dan pelbagai lagi rupa. Tapi dalam banyak gaya mata, penulis suka dengan gaya eye shadow dari mogul kecantikan Kylie Jenner.
Simple, elegan dan paling penting teknik yang digunakan mudah!
Jangan lupa, kriteria dalam menghasilkan gaya mata yang menarik bermula dari teknik asas mengetahui bentuk mata anda. Barulah like a pro!
# Mata Bundar
Jenis mata: Bentuk mata bundar, bulat dan besar
Teknik:
- Highlight bawah tulang kening.
- Warnakan inner corner mata dengan pembayang cerah.
- Sapu warna pembayang sederhana dibahagian kelopak.
- Gunakan warna pembayang gelap dibahagian lipatan kelopak dan blend sehingga keluar untuk cipta ilusi.
- Gariskan eyeliner hingga hujung mata atau anda boleh bentukkan sedikit eye-cat.
# Mata Almond-Shape
Jenis mata: Bentuk mata paling simetri
Teknik:
- Gunakan teknik yang sama seperti mata bundar dan mainkan warna-warna pembayang mengikut bentuk anda.
# Mata Redup
Jenis mata: Kelopak mata tidak kelihatan/sempit.
Teknik:
- Mulakan dengan warna pembayang cerah dibahagian inner corner.
- Kemudian sapukan pembayang warna sederhana dibahagian kelopak.
- Ambil warna gelap sapukan di lipatan kelopak untuk beri ilusi mata yang lebih bulat.
- Tarik eyeliner hingga hujung mata bagi seimbangkan bentuk mata.
# Mata Yang Menonjol
Jenis mata: Kelopak mata yang luas dan bentuk mata besar
Teknik:
- Highlight bawah tulang kening.
- Gunakan warna pembayang sederhana gelap dan gelap, sapu pada kelopak dan lipatan kelopak mata.
- Jangan berlebih untuk eyeliner, cukup dengan garisan tipis.
# Mata Sepet
Jenis mata: Tidak mempunyai kelopak mata
Teknik:
- Guna highlight/pembayang mata warna cerah dari inner corner hingga tengah mata.
- Ambil warna pembayang sederhana gelap, sapu bermula lipatan tengah mata hingga keluar.
- Dengan teknik yang sama, tukar dengan warna yang lebih gelap dan kemaskan.
- Tambah eyeliner, tebalkan dibahagian hujung mata.
# Mata Jatuh
Jenis mata: Garis hujung mata jatuh kebawah.
Teknik:
- Gunakan teknik yang sama seperti almond eyes.
- Gariskan eyeliner dari inner corner mata hingga hujung mata atau tambah sikit bentuk eye-cat.