Jika dulu Thailand mempunyai Nickhun, kini giliran Malaysia pula!
Isaac Voo berasal dari negeri bawah bayu Sabah dan berumur 23 tahun kini rasmi sebagai group idol terbaru BOYS24.
BOYS24 adalah satu program pencarian idol yang berlangsung pada Ogos 2016 lalu dengan jumlah penyertaan seramai 27 orang. Bayangkan mereka telah bertungkus-lumus mempersiapkan diri sebelum bergelar idol dengan membuat lebih dari 260 konsert!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu…
Isaac tercalon dalam finalis sekaligus dia kemudian debut sebagai k-pop idol! 9 lagi ahli BOYS24 ialah Hwang Inho, Jeong Yeontae, Kim Jinsub, Kim Sunghyun, Yoo Youngoo, Jin Sungho, Lee Inpyo, Han Hyunuk dan idol kelahiran Malaysia Isaac Voo.
Bila dah jadi K-Pop idol pastilah Isaac pandai berbahasa Korea..
Tahniah Isaac, diharap dapat memperkenalkan Malaysia di Korea dan yang paling penting untuk Isaac maju jaya sebagai idol!