Sudah menjadi rutin anak muda sekarang untuk mengambil gambar makanan sebelum makan. Lebih lagi pada mereka yang tegar menggunakan Instagram, ada sahaja yang ingin bergambar.
Menurut kajian dari Sains Psikologi, mengambil gambar untuk posting sosial media boleh menguatkan memori.
Kajian juga mendapati, individu yang mengambil gambar ketika melawat muzium boleh ingat 7% tentang muzium dari mereka yang tidak mengambil gambar. Walaupun tidak melihat semula gambar yang diambil, namun memori mereka lebih bagus.
Melihat objek atau struktur dengan kamera dapat memberi lebih banyak perhatian sekaligus membantu mengingatkan tentangnya.
Wow! Nampaknya siapa yang suka berinstagrammer lepas ni memang tak ada alasan lagi nak bergambar. Beritahu sahaja, bergambar bagus untuk tingkatkan keupayaan memori!