Perkahwinan yang telah diikat pada 30 November 1991, Erma Fatima dan Bade Azmi akhirnya diakhiri dengan penceraian talak satu semalam.
Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan cerai di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Bade yang juga pengarah filem KL Menjerit dan Berlari Ke Langit, memfailkan permohonan cerai pada 10 Ogos lalu di mahkamah yang sama mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Bila ditanya tentang punca penceraian, Erma Fatima enggan memberitahu dan menerima penceraian ini dengan hati yang terbuka. Dua tahun lalu, Erma pernah memfailkan permohonan cerai selepas mendapat tahu Bade berkahwin lain, namun dia menarik semula permohonan itu.
26 tahun bersama, Erma dan Bade mempunyai 5 orang anak angkat.