Biasa kita minum Teh Taiwan, kini, terdapat pesaing baru yang akan menggantikan tempatnya – Teh Ais Thai, minuman teh segar yang diperkaya dengan rasa teh Thai yang asli dan dibawakan oleh Chill Chill. Jenama ini diilhamkan oleh pemiliknya yang telah memperkenalkan Boat Noodle ke Malaysia!
Bagi siapa yang tidak tahu, Chill Chill diperkenalkan sebagai minuman teh Thai yang menjadi sebahagian daripada senarai menu di restoran Boat Noodle. Hasil sokongan kuat daripada peminat Boat Noodle, jenama Chill Chill kini semakin menyerlah dengan lebih lima juta cawan minuman berkenaan dijual. Pada akhir tahun lalu, Chill Chill telah memperkenalkan model kios.
Chill Chill hanya menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi yang diimport termasuklah campuran teh rahsia yang istimewa, bagi memastikan rakyat Malaysia dapat merasai pengalaman teh Thai yang terbaik. Chill Chill menawarkan lebih daripada 31 perisa minuman yang padat dengan rasa, semuanya diperbuat segar secara individu mengikut pesanan.
Terdapat pelbagai pilihan minuman yang ditawarkan di Chill Chill pada harga berpatutan antara RM6.90 hingga RM12.90. Anda boleh memilih beraneka jenis ‘topping’ mengikut kegemaran anda seperti – serbuk Oreo, jeli kopi, krim putar, jeli ‘blue pea’ serta susu dan puding mangga. Antara minuman istimewa Chill Chill termasuklah Cha Yen (Teh Thai), Kaffe Yen (Kopi Thai), Cha Keow Yen (Teh Hijau Thai) dan Cha Manao Yen (Teh Lemon Thai).
https://www.instagram.com/p/BX2GZGeDu_F/?taken-by=wanistadotcom
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi laman;
- Facebook https://www.facebook.com/chillchilllah/
- Instagram https://www.instagram.com/chillchill.my/