Memperkenalkan koleksi-koleksi Crabtree & Evelyn yang baru untuk ritual penjagaan harian anda. Setiap produk daripada enam koleksi-koleksi terbarunya memberikan faedah yang berkhasiat dengan ekstrak-ekstrak botanikal untuk menyegar, melega, melindungi, mengaktif, melembap atau memulihkan kulit bergantung kepada keperluan dan kecenderungan pada kulit anda.
Menerusi legasinya yang penuh dengan pemahaman pada tumbuh-tumbuhan dan keistimewaannya, keenam-enam koleksi Crabtree & Evelyn menawarkan pelbagai manfaat-manfaat untuk minda dan badan yang membantu anda mencapai segala kesimbangan yang diperlukan dan meningkatkan mutu pengalaman harian anda:
- Lavender & Espresso YANG BARU untuk memberi ketenangan
- Rosewater & Pink Peppercorn YANG BARU untuk memberi kelembapan
- Citron & Coriander untuk mengaktifkan
- Pomegranate & Argan Oil untuk memberi perlindungan
- Pear & Pink Magnolia untuk menyegarkan
- Goatmilk & Oat untuk memberi kelegaan
Diilhamkan oleh motto jenamanya iaitu “terokai segala-galanya, manfaatkan yang terbaik”, setiap produk Crabtree & Evelyn dihasilkan daripada bahan-bahan dan wangian yang berkualiti tinggi yang dikumpulkan dari seluruh dunia – memberikan nutrien yang berkhasiat untuk tangan dan badan anda.
Dirumus tanpa paraben, minyak mineral, phthalates dan propylene glycol, kombinasi yang menakjubkan ini mengubah rutin harian menjadi ritual bermanfaat yang memberikan apa yang diperlukan ketika anda memerlukannya.
Koleksi-koleksi Crabtree & Evelyn yang baru ini boleh didapati bermula daripada 1hb Ogos 2017 di kesemua kedai-kedai Crabtree & Evelyn.