Senheng yang merupakan peneraju pengedar barangan elektrik terkemuka di Malaysia kini menguntai kerjasama dengan jenama telefon pintar terkini mesra selfie vivo untuk menawarkan peranti verstile itu kepada pengguna yang masih tercari-cari telefon pintar idaman mereka.
Keluaran terkini dari rangkaian vivo iaitu vivo V5Plus boleh dibeli dari semua cawangan kedai elektrik Senheng seluruh Malaysia yang ditemani pelbagai faedah menarik termasuklah kosong peratus faedah bagi pemegang kad kredit sehingga 24 bulan lamanya.
Bukan itu sahaja, pembeli juga bisa mendapatkan 1 tahun ekstra waranti yang turuthadir bersama pek hadiah eksklusif!
vivo V5Plus dilengkapi kamera hadapan 20 Megapiksel yang dikuasakan dengan teknologi Sony serta 8 Megapiksel kamera belakang. Kamera hadapannya pasti menghasilkan gambar terbaik untuk foto-foto selfie yang dirakamkan.
Dalam masa yang sama, telefon pintar ini juga mempunyai punat pengesan cap jari untuk sistem keselamatan yang terjamin bagi semua penggunanya.
Untuk keterangan lanjut berkenaan vivo V5Plus, sila layari [www.senheng.com.my/vivo]