Aksi yang ditunggu-tunggu di antara Malaysia dan Brunei dalam acara ekuestrian polo Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) menyaksikan pasukan tuan rumah mencipta kejayaan dengan kemenangan 12-4 ke atas Brunei.
Pada cukka pertama, Malaysia mendahului permainan dengan 2-1 hasil jaringan ketua pasukan Shaik Reismann Mohamed Ismail yang memiliki handicap 3.
https://twitter.com/SukanSEA2017/status/900037198891827200
Bermula daripada cukka kedua, Malaysia berjaya melebarkan jurang dan pada cukka ketiga, Malaysia mendahului 8-2 dan pada cukka keempat, Malaysia meraih empat lagi mata untuk muncul sebagai pemenang.
Pasukan Malaysia diwakili Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Abdul Rashid Hasnan, dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman manakala pasukan Brunei dianggotai Puteri Azeamah Ni’Matiul Bolkiah, Putera Abdul Mateen Bolkiah, Pengiran Muda Bahar Jefri dan Mohamad Huzaimi Husin.
Khairy pada sidang media selepas perlawanan pembukaan itu, memberikan penghargaan terhadap usaha keras pasukan untuk muncul sebagai pemenang.
“Ia satu penghormatan kepada saya untuk mewakili Malaysia dalam temasya ini. Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap sukan, tugas ini lebih sukar.
Dan dengan kejayaan (Sultan Terengganu) Sultan Mizan (Zainal Abidin) memenangi emas (acara kuda lasak), tekanannya lebih besar untuk saya cemerlang,” katanya.
https://twitter.com/SumishaCNA/status/899934213536792576
Berikutan acara itu dilabellkan sebagai “wajib tengok” pada KL2017 susulan menyaksikan Khairy berentap dengan kerabat diraja Brunei, orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang menonton perlawanan itu tiba seawal 2.30 petang untuk mendapatkan tempat duduk tanpa menghiraukan cuaca panas terik.
Pusat ekuestrian Putrajaya dipenuhi orang ramai sementara ratusan lagi dilihat menunggu di tepi padang untuk melihat dengan lebih dekat putera Brunei.
https://twitter.com/TiqaZolkpli/status/899967886000742401
Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah Muizzaddin Waddaulah dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Terdahulu, Singapura mengalahkan Thailand 11-6 pada perlawanan pembukaan.
Malaysia akan bertemu Singapura pada 24 Ogos di Kelab Polo Diraja Selangor. – Bernama
Untuk pengetahuan semua, Khairy adalah menteri pertama di rantau ini yang mengambil bahagian dalam sukan dwitahunan itu.
Tahniah Malaysia!