• Latest

Ujian Personaliti: Pilih Bunga Ros Kegemaran, Wanista Akan Dedah Siapa Diri Anda Sebenarnya

August 23, 2017
Foto - Shopee Malaysia

‘Bunuh’ Nyamuk Guna Barang Harga RM1 Di Shopee

March 2, 2021
Foto - Pinterest

Patutlah Tak Kurus, Kalori Kena Jaga Kalau Nak Amal Diet Sihat

March 2, 2021
Food Mess

Mendatangkan Bahaya, 6 Perkakas Dapur Kena Tukar Setiap Tahun

March 2, 2021
Foto - Instagram

7 Fesyen Golden Globes 2021 Paling Cantik Dan Buruk

March 2, 2021
Foto - Pinterest / Twitter

Kontroversi Lipstick PinkFlash, Ini Sebab Kenapa Ia Sangat Bahaya

March 2, 2021
Foto - Nu Skin

Kulit Kamu Dapat 6 Manfaat Bila Guna Peranti Nu Skin ageLOC(R) Boost™

March 2, 2021
Foto - Pinterest

Sebelum Beli Produk Penjagaan Wajah, Kenali Jenis Kulit Terlebih Dahulu

March 1, 2021
Foto - SCMP/Considering Apple

Aplikasi Clubhouse, Apa Bagusnya Sampai Mark Zuckerberg Dan Elon Musk Pun Guna

March 1, 2021
Foto - Pinterest

Ramai Kata ‘Lucid Dream’ Bagus, Mimpi Apa Sebenarnya Ini?

March 1, 2021
Foto - Youtube

Siapa Mafia Ganas Disebalik Watak Alia Bhatt Dalam Filem ‘Gangubai Kathiawadi’?

March 1, 2021
Foto - Times of India

Bahaya 10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

March 1, 2021
Foto - Instagram Bella Hadid

10 Tahun Sengsara Autoimun, Bella Hadid Kongsi Kisah Hidap Penyakit Kronik

March 1, 2021
Tuesday, March 2, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home News

Ujian Personaliti: Pilih Bunga Ros Kegemaran, Wanista Akan Dedah Siapa Diri Anda Sebenarnya

by Afiqah Syamin
August 23, 2017
15
SHARES
151
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Dikenali sebagai bunga yang paling cantik dan dipuja ramai terutamanya buat kaum wanita, tahukah anda bahawa jenis-jenis bunga ros bisa mendedahkan identiti dan sifat seseorang?

Jom ketahui dan nilai personaliti diri melalui pilihan bunga ros kegemaran anda!

Sumber: apost.com

Jika Pilih Nombor 1…

Pemilihan bunga ros merah yang bersifat klasik menyatakan bahawa kamu adalah seorang yang ekstrovert, sangat mudah bergaul dan berkeyakinan tinggi untuk menonjol diri di mata khalayak. Bersifat berani malah sangat jujur orangnya. Oleh kerana kejujuran kamu itu, kamu mudah menilai orang dan memiliki naluri yang sangat kuat sehingga kadang-kala mampu mengesan helah si penipu.

Sebagai persediaan masa hadapan, kamu pasti memiliki 1001 impian dan perancangan yang telah diatur kerana kamu memang mahu yang terbaik dalam hidup! namun, janganlah terlalu ghairah mengejar kejayaan sehingga diri merana, belajarlah ambil masa untuk relaks seketika. Ketepikan sedikit ruang untuk diri bernafas okay?!

Jika Pilih Nombor 2…

Kamu adalah seorang pendengar yang setia. Bersifat tenang membuatkan ramai orang keliling selesa untuk berkongsi rahsia dan bercerita masalah denganmu. Kamu juga seorang yang mengambil berat terutamanya tentang rakan dan orang yang terdekat. Umpama pelindung yang cekal melindung orang yang disayanginya.

Apa pun yang terjadi, orang yang anda anggap “permata” dalam hidup itu adalah paling utama dari segalanya. Kamu lebih suka melebihkan orang lain berbanding diri sendiri.

Namun, kamu juga bijak mengurus diri agar semuanya berada dalam kondisi stabil. 

Ingat! Perlu selalu hati-hati kerana kadang-kadang kamu gemar membina tembok antara diri kamu dan orang luar. Kamu perlu belajar menerima sesuatu perubahan dan jangan terlalu takut mengambil risiko dalam hidup!

Jika Pilih Nombor 3… (Pilihan penulis)

Sering dikawal oleh emosi dan mudah tersentuh! Kamu selalu ragu-ragu dengan kemampuan diri dan berasa diri tidak sepadan dengan orang lain. Selalu sahaja biarkan diri terasa tercabar bahkan dari segi perhubungan pula, kamu selalu menyalahkan diri sendiri jika ada yang tidak kena. 

Walhal… kamu sebenarnya masih belum mengenal kemampuan diri sendiri, masih belum menyelongkar bakat diri untuk berdiri sama tinggi dengan orang lain di sekeliling. Mulai dari hari ini, janji dengan diri supaya kamu akan cuba sehabis baik untuk tonjolkan diri! Berhenti jadi pemalu dan percaya pada kebolehan istimewa yang dimiliki diri kamu. Paling penting, ingatlah bahawa mereka yang sering berada dengan kamu kala waktu susah dan senang itu adalah yang paling sejati untuk kamu. Hargailah mereka seperti mana mereka menghargaimu.

IKLAN

Jika Pilih Nombor 4…

Periang, kreatif dan bersahaja! Kamu seorang yang optimistik dan suka melihat dunia secara positif. Semua benda yang negatif bisa diubah menjadi perkara baik dalam sekelip mata!

Penuh dengan perasaan ingin tahu serta ghairah lakukan pelbagai cabaran, kamu sangat suka libatkan diri dalam perkara rumit bagi melihat tahap kemampuan diri.

Biarpun begitu, janganlah terlalu gopoh kerana takut kamu yang bosan nanti.

Jika Pilih Nombor 5…

Seorang insan yang miliki pemikiran jauh ke hadapan. Bagi kamu, masa hadapan adalah penentu segalanya! Sangat berhati-hati dan peka dengan sesuatu perkara, kamu taksub untuk menjadikan dunia ini tempat paling selesa buat diri.

Walau bagaimanapun, harus diingat bahawa kamu tidak perlu terlalu fokus dengan kehendak masa hadapan sehingga menyebabkan keseronokan hari ini terabai. Belajarlah untuk hidup dalam dunia realiti. Lakukan satu demi satu… one step at a time.

Jika Pilih Nombor 6…

Sangat bersemangat! Tak dinafikan, kebanyakan impian anda mudah untuk direalisasikan kerana sifat kamu yang sangat berdisiplin tu. Teratur dan selalu meletakkan target 110% dalam semua perkara. Kamu sanggup lakukan apa sahaja untuk buat perkara yang kamu minati.

Kamu juga sering mencari jalan baru untuk memajukan diri bahkan, tak pernah gentar dengan apa pun cabaran yang melanda diri!

Namun, jangan lupa untuk stabilkan matlamatmu agar orang lain juga bisa berkongsi kejayaan tersebut bersama-sama.

Yang mana satu pilihan kalbu? ❤️

Tags: bungabunga rosinfo menarikJenis Bunga RosPersonaliti DiriSifat DiriUjian Personalitiwarna
Share6Tweet4Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Ujian Personaliti: Pilih Bunga Ros Kegemaran, Wanista Akan Dedah Siapa Diri Anda Sebenarnya

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.