NIVEA MEN Malaysia secara ekslusif tampil dengan deodoran baharu NIVEA MEN Cool Powder yang istimewa hanya boleh didapati dari gedung atas talian 11street!
Bersama duta jenama dan pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016, Mohd Faiz Subri, NIVEA MEN berusaha ke arah memberi sensasi dingin segera, keselesaan talkum dan kekeringan berpanjangan sungguhpun di bawah keadaan yang paling mencabar untuk kesemua lelaki di Malaysia.
Terdapat dalam dua pilihan termasuklah semburan dan jenis roll-on, Deodoran NIVEA MEN Cool Powder diperkayakan dengan mikro talkum partikel dan bersandarkan sistem kawalan peluh yang berkesan, memberikan rasa kekeringan dan tidak melekit sepanjang hari.
Bermula hari ini hingga 15 September nanti, para pelanggan yang membeli-belah di 11street akan menerima diskaun 20% untuk setiap pembelian barangan berupa NIVEA MEN Cool Powder Spray RM13.52 dan NIVEA MEN Cool Powder Roll-On RM8.40. NIVEA MEN Cool Powder Spray 150ml dan NIVEA MEN Cool Powder Roll-On masing-masing dijual pada harga RM16.90 dan RM10.50.
Bukan itu sahaja, 11street turut menawarkan pembelian secara set seperti NIVEA MEN Cool Powder Spray bersama NIVEA MEN Extra Whitening Mud Foam dijual pada harga RM24.78 manakala pek berkembar NIVEA MEN Cool Powder Roll-On dan NIVEA MEN Extra Whitening Foam pada harga serendah RM19!
Untuk keterangan lanjut berkenaan peraduan beli dan memang anjuran NIVEA Men dan 11street, sila klik [www.11street.my/benefit/promotion]