Shopee telah mengumumkan barisan kempen jualan murah dan usahasama yang mengujakan dengan beberapa jenama kegemaran sepanjang sambutan Hari Membeli-Belah Dalam Talian 9.9. Jutaan pembeli dalam talian di Malaysia boleh menikmati ribuan tawaran harga sehingga 90% lebih rendah daripada pelbagai jenama termasuk Nestle, Watsons, Super, Unilever, ESH2U dan Senheng termasuk manfaat lain daripada rakan rasmi seperti Petronas, KFC, Digi, 20 Century Fox, B Infinite dan banyak lagi.
Bermula 23 Ogos 2017, pelbagai jenis kempen, potongan harga dan hadiah istimewa ditawarkan setiap hari untuk jualan mega Hari Membeli-Belah Dalam Talian 9.9 bermula 9 September 12 tengah malam hingga 11 September 11.59 malam.
Kemuncak Hari Membeli-Belah Dalam Talian 9.9
Pembukaan Hari Membeli-Belah Dalam Talian 9.9 Shopee dimulakan dengan Jualan Murah Merdeka Shopee yang berlangsung dari 28 hingga 31 Ogos dengan potongan harga sehingga 60% dari jenama terkenal sebagai sebahagian sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60.
Dari 9 hingga 11 September, Best of 9.9 akan menawarkan potongan sehingga 90% ke atas produk. Terhad pada 9 September sahaja, UpsizedShocking Sale akan menawarkan barangan kegemaran ramai dari kategori Telefon Bimbit & Gajet, Perkakas Rumah, Fesyen, Peralatan Rumah & Perabot dan Produk Berasaskan Kesihatan & Kecantikan pada harga terendah.
Unilever pula akan menganjurkan Jualan Khas Unilever dengan potongan harga sehingga 30% dengan baucer 20% di seluruh platform. Watsons juag memberikan potongan harga 20% di seluruh platform. Jenama elektronik Senheng pula akan menawarkan sehingga 50% potongan harga ke atas 99 barangan, manakala ESH2U menawarkan potongan harga sehingga 99% dengan baucer bernilai sehingga RM100. Pembeli dalam talian juga akan ternanti-nanti dengan tawaran mengujakan daripada Nestle, ASUS, Super Coffee dan banyak lagi sepanjang kempen Hari Membeli-Belah Dalam Talian 9.9
Untuk maklumat lanjut berkaitan dan penjimatan khas buat pembeli dalam talian di Malaysia bagi kempen 9.9 ini, layari laman sesawang www.shopee.com.my/99 atau muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Google Play dan App Store untuk maklumat terkini. #ShopeeMY99