Monday, April 12, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Tips

Paling Berkesan! 5 Trik Fesyen Untuk Sembunyikan Perut Buncit

by Malisa Aina
August 24, 2017
7
SHARES
72
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Perut Buncit. Satu lagi masalah besar yang boleh membuatkan keyakinan wanita merudum.

Kebanyakan wanita tidak yakin pada diri dan kebingungan untuk berfesyen kerana perut buncit. Kadang-kala wanita dengan badan yang tidak terlalu gemuk atau bahkan kurus pun punya masalah perut buncit.

Laaa.. Jangan bimbang sebab ada beberapa trik fesyen boleh anda cuba untuk sembunyikan perut buncit terssebut.

Foto - The Mirror

Belum Kahwin Dah Ada Baby Bump, Curi 10 Minit Setiap Hari Perut Buncit Hilang!

February 26, 2021

5 Cara Mujarab Menghilangkan Perut Buncit

July 13, 2020

#1 Beli ukuran yang bersesuaian

Foto – Pinterest

Jangan paksa diri memakai seluar ketat yang memang bukan ukuran anda. Wanita cenderung memakai seluar ketat untuk menyembunyikan buncit, padahal cara ini salah kerana seluar ketat di bawah pusat hanya akan menekan perut buncit dan menjadikan ia seakan ‘tumpah’ dari seluar. Beli yang sesuai tak sesak di perut dan tidak terlalu menekan.

#2 Beli seluar jenis potongan high-waist

Foto – Pinterest

Seluar dengan potongan ini boleh menutupi perut buncit dengan baik. Di samping lebih bergaya, ianya juga boleh menyorok lemak di perut kerana seluar ini boleh berfungsi sebagai korset.

#3 Baju longgar

IKLAN

Foto – Pinterest

Jika anda sedang memakai seluar ketat di bawah pusat, pastikan anda memakai baju atasan yang longgar seperti sweater, blouse labuh, kemeja saiz besar dan sebagainya. Cara ini berkesan untuk menyembunyikan prut buncit dan mengalihkan perhatian pada baju yang dipakai. Untuk tampak lebih bergaya lagi, anda boleh juga menggabungkan dengan boots.

#4 Beli seluar yang boleh ditegangkan

Foto – Pinterest

Saat ini sudah banyak seluar dengan bahan yang boleh ditegangkan, bahkan untuk jeans. Anda boleh pilih legging, leather pants, spandex dan lain-lain yang sesuai dengan bentuk badan. Seluar seperti ini boleh memberi kesan kaki lebih kecil sekaligus tidak menyeksa bahagian perut yang buncit.

#5 Korset

Foto – Pinterest

Korset merupakan pakaian yang direka khas untuk membuat perut, pinggul malahan dada wanita tampak lebih kecil dan tubuh kelihatan lebih langsing dan menarik. Dengan korset, anda lebih bebas pakai baju yang lebih ketat atau bahkan skirt high-waist atau baju yang memberi lekuk tubuh.

Mudahkan? Tapi kalau boleh mulakan bersenam kalau nak langsing.. Semoga Berjaya!

SUMBER

Tags: 5 tips sembunyikan perut buncitFesyen Perut Buncitmasalah perut buncitperut buncittips fesyen perut buncittrik fesyen perut buncittrik fesyen sembunyikan perut buncit
Share3Tweet2Send

ARTIKELTERKINI

Mekap Mudah 10 Minit, Tak Pakai Foundation Tetap Cantik

Ini Yang Orang Korea Makan, Kulit Wajah Bersih Bersinar

Solat Tarawih Di Rumah, SOP Terjaga Pahala Pun Dapat

Nampak Lebih Muda Dengan Makan Jenis Supplement Ini

Diet Makan Sup, Cuba Aneka Resepi Yang Menyelerakan Ini

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.