Suami kepada bekas penyanyi pop Spice Girls, Victoria Beckham dan bekas bintang bola sepak dunia David Beckham bakal membuat kunjungan di Malaysia!
Syarikat insurans, AIA Malaysia mengumumkan bakal menerbangkan personaliti bola sepak berpengaruh dunia yang juga Duta Global AIA ke Kuala Lumpur sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.
Namun posting tersebut tidak menyatakan lokasi atau butiran lengkap acara dan peminat yang ingin bertemu David Beckham boleh membeli tiket menerusi laman Facebook AIA Malaysia.
Menurut dari Malay Online, peminat yang bertuah dapat berjumpa beliau secara dekat dan berkemungkinan boleh bergambar bersama. Selain itu juga, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti merasai nasi lemak bersama Beckham dalam Healthy Nasi Lemak Challenge!
Pada anda yang memang teringin sangat untuk berjumpa dan bertentangan mata dengan David Beckham, jangan lupa 22 September ini dan pastinya kena beli tiket ya!