Perjuangan membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Yahudi terus dilaksanakan dan terbaru, Aman Palestin Berhad dengan kerjasama penyiar tempatan menganjurkan program Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah.
Program membantu rakyat Palestin yang menyasarkan kutipan RM1 juta itu bakal berlangsung seawal jam 4.30 petang di AlHijrah Big Studio (ABS) Cyberjaya pada Ahad, 27 Ogos ini.
Tonton Trailer Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah
Konsert ini akan menjadi satu titik tolak bagi masyarakat Malaysia yang ingin membangkitkan semangat dalam diri umat Islam membantu mempertahankan Masjid Al-Aqsa serta isi penduduk Palestin yang merupakan saudara Islam kita.
Acara dibuka dengan program Open Mic dan Sharing Session yang dikendalikan oleh Afdlin Shauki, Prof Dr. Lim Swee Tin dan Mat Dan.
Manakala, konsert akan berlangsung pada pukul 9 hingga 12 malam.
Antara artis yang bakal terlibat ialah Raihan, Man Bai, Lah Ahmad, Siti Nordiana, Nora Ariffin, Kumpulan Nastia, Akma AF, Pria Akustik dan Caravan of Praise.
Ayuh saksikan secara langsung persembahan yang bukan sahaja berlandaskan nyanyian semata-mata bahkan ada juga deklamasi sajak, syair, zikir munajat yang dijadikan medium bagi menyampaikan mesej keamanan, penyatuan serta sokongan terhadap rakyat Palestin.
Bagi meringankan beban rakyat Palestin yang tidak bernasib baik di sana, orang ramai turut dialu-alukan untuk menyalurkan sumbangan ke akuan Maybank 5622 6301 0787. RM50 anda amat berharga buat mereka.
Untuk keterangan lanjut tentang sumbangan RM50, sila layari [www.amanpalestin.net]. Boleh juga lawat laman Facebook Aman Palestin Berhad [www.facebook.com/AmanPalestinOfficial] atau TV AlHijrah [www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH] untuk terus mendapatkan maklum balas terkini berkenaan Ekspresi Aqsa Solidariti Ummah.