Penulis nak tanya satu soalan, ada sesiapa di sini yang tak minum Teh Tarik? Pasti tak ada, bukan?
Kita sedia maklum Teh Tarik merupakan minuman yang paling digemari di kalangan rakyat Malaysia. Teh Tarik boleh dianggap sebagai minuman kebangsaan kerana keupayaannya untuk menyatukan masyarakat berbilang bangsa serta budaya di negara ini.
Lipton, jenama teh No. 1 dunia telah melancarkan sebuah kempen yang bertujuan untuk menyatukan rakyat Malaysia bagi meraikan minimum kegemaran mereka iaitu Teh Tarik melalui Hari Teh Tarik Malaysia yang julung-julung kalinya diadakan pada 15 September 2017.
Bagi menjayakan sambutan berkenaan yang dianjurkan sempena dengan Hari Malaysia serta meraikan semangat muhibah, ‘Lipton Ekstra Kaw’ berharap untuk mendapatkan sokongan lebih 150,000 rakyat Malaysia. Bagi merealisasikan usaha berkenaan, para penggemar Teh Tarik boleh menunjukkan sokongan mereka dengan mengunjungi laman Facebook Lipton Malaysia (https://www.facebook.com/LiptonMalaysia/) dan kemudian klik ‘Like’ (Suka) pada pos Hari Teh Tarik Malaysia bermula hari ini hingga 14 September 2017.