FashionValet kini kembali sebagai penaja untuk tahun ke-5 KL Fashion Week! Bagi meraikan hubungan kerjasama, FashionValet dan KLFW bergabung tenaga dalam mengetengahkan bakat-bakat warga Malaysia dengan kempen #IAMHOMEGROWN untuk acara minggu fesyen tersebut.
Kempen #IAMHOMEGROWN menampilkan lebih daripada 60 ikon Malaysia dalam pelbagai latar belakang. Antaranya pelakon terkemuka Puan Sri Tiara Jacquelina dan Bront Palarae, ikon politik dan aktivis Nurul Izzah Anwar dan serta ikon kulinari tersohor Datuk Chef Wan dan Madam Kwan.
Demi menjayakan kempen #IAMHOMEGROWN, FashionValet menghasilkan koleksi berinspirasikan ‘Street Style’ – kemeja-T, jumpers/sweaters, dress jumper labuh dan leggings dengan cetakan #IAMHOMEGROWN di setiap helaian. Koleksi ini dihasilkan daripada kain kapas campuran dalam rona hitam dan putih. Dengan estatik minimalist, koleksi ini sememangnya bakal menjadi pakaian asas bagi pencinta Street Style.
Koleksi #IAMHOMEGROWN FV BASICS ini mempunyai pilihan saiz dari S/M atau M/L. Harga bermula dari RM59 sehingga RM109. Koleksi ini dijual di butik FashionValet dan di gerai pop-up sekitar Pavilion bermula daripada 16 Ogos 2017.