Tiga aktor Bollywood tersenarai antara 10 aktor yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia pada tahun 2017 menurut Forbes. Mereka ialah Shah Rukh Khan, Salman Khan dan Akshay Kumar di mana masing-masing menduduki tangga ke lapan, sembilan dan kesepuluh carta.
Mark Wahlberg pula berjaya memperoleh pendapatan tertinggi di dunia pada tahun ini. Mark dianggarkan memperoleh pendapatan AS$68 juta (RM291 juta) yang dikira dari bulan Jun 2016 hingga Jun tahun ini, menerusi filem komedi Daddy’s Home 2, Transformers: The Last Knight dan program realiti TV bersiri Wahlburgers.
The Rock pula turun tangga kedua aktor menerima pendapatan tertinggi dengan jumlah bayaran sebanyak AS$65 juta (RM278 juta) menerusi filem Jumanji dan Baywatch.
Ini senarai penuh;
- Mark Wahlberg – $68m
- Dwayne “The Rock” Johnson – $65m
- Vin Diesel – $54.5m
- Adam Sandler – $50.5m
- Jackie Chan – $49m
- Robert Downey Jr – $48m
- Tom Cruise – $43m
- Shah Rukh Khan – $38m
- Salman Khan – $37m
- Akshay Kumar – $35.5m