Jangan ingat para selebriti sahaja berbelanja sakan demi kecantikan, rupanya Presiden Perancis, Emmanual Macron telah dilaporkan belanja lebih dari $30,000 (RM128,000) semata-mata untuk membayar jurusolek peribadi dan produk kecantikan selama 3 bulan ini.
Presiden yang berusia 39 tahun ini sememangnya sudah cukup kacak dan sepatutnya tidak memerlukan kos ‘kecantikan’ yang begitu tinggi.
Beberapa pembantu politik ‘bising’ dengan perbelanjaan Presiden baru mereka ini. Namun bil kepada jurusolek itu dipanggil sebagai ‘urusan kecemasan’ dan didakwa kos perjalanan antarabangsa menyebabkan bil melambung tinggi.
Walauapapun, para politik yang lain berkeras untuk Presiden mereka mengurangkan belanja dari perkara-perkara yang kurang ‘berfaedah’ untuk negara. Lain hal lagi, populariti Emmanual Macron juga semakin jatuh akibat unsur-unsur pembaziran beliau dalam hal bajet negara.
Menariknya lagi tentang Presiden muda ini, beliau turut mengejutkan dunia berkahwin dengan guru sekolahnya yang jauh berbeza umur. Isterinya Brigitte Macron kini berusia 64 tahun!